top of page

Family Day Little's Queens

Tahniah dan terima kasih kepada pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Penyeliaan dan Pengasuhan Awal Kanak-Kanak kerana menganjurkan program Family Day Little's Queens yang telah berlangsung selama 2 hari 1 malam di PNK Resort Sepang pada 10 dan 11 Mac 2023 yang disertai seramai 14 orang pelajar dan 12 orang staf bahagian SKM. Pelbagai aktiviti menarik telah telah diadakan, antaranya run rope, radio rosak, dahiku dahimu, fun candy, treasure hunt dan senamrobik.


Secara langsung program ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar secara praktikal dalam mengurus dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan pihak komuniti. Para pelajar juga dapat bekerjasama dalam satu kumpulan dan memberi komitmen antara pihak yang terlibat dalam program dijalankan. Dengan ini pelajar dapat membina keyakinan diri dan menimba pengalaman dalam mengawal serta mengatur aktiviti bersama komuniti.









473 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page