11 Mac 2023, Sabtu
Tahniah kepada semua pemenang pertandingan tertutup futsal Inter-Queens yang telah berlangsung di BBC Setapak tempoh hari. Tujuan utama program tersebut adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan pelajar melalui medium sukan. Secara tidak langsung program ini juga dapat memupuk semangat kesukanan selain dari dapat mencungkil bakat pelajar di dalam sukan futsal.
Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Queens dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Pelbagai program lain juga akan dianjurkan di masa akan datang agar pelajar kekal aktif di dalam kokurikulum selepas pembelajaran.