16 Oktober 2022
Alhamdulillah, Program Quddus Ilal Masjid telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pihak Masjid Amru Ibnu Al'As, Bandar Baru Sentul.
Gotong Royong Perdana ini telah berjaya menarik penyertaan bukan sahaja dalam kalangan pelajar MPU 2142 Khidmat Masyarakat dan pelajar Queens College yg lain, bahkan turut menarik orang awam secara amnya menyempurnakan tanggungjawab kepada komuniti setempat.
Program sebegini bukan sekadar memberi sumbangan tenaga, tetapi juga merupakan tangggungjawab sosial yang sentiasa perlu diberikan perhatian oleh semua anggota masyarakat. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam pelajar dan juga membina ukhuwah yang baik sesama peserta dan penduduk setempat.


















